Bismillahirahmannirahim

UNTuk AwaK


Monday 1 April 2013

tinGkataN nafsU

Nilaian tingkatan nafsu yang tujuh adalah seperti berikut:-

1) Nafsu Ammarah 
Ia umpama besi karat iaitu yang paling buruk dan tiada harganya. Nafsu ini adalah nafsu kebanyakan orang awam. Ia dapat dibaiki jika berusaha memperbaiki diri dan sentiasa mendengar nasihat.

2) Nafsu Lauwamah 
Ia diumpamakan seperti tembaga yang ada harga. Ia juga nafsu kebanyakan orang awam iaitu mereka yang telah meningkatkan darjat mereka dari nafsu yang buruk iaitu nafsu ammarah.

3) Nafsu Mulhamah 
Ia umpama perak. Nafsu ini adalah untuk ahli suluk yang benar. Ini adalah orang warak yang sentiasa berjuang melawan hawa nafsu dan syaitan dengan mengekalkan amal salih yang suci untuk sampai kepada ALLAH swt. Inilah peringkat pertama menjadi wali ALLAH.

4) Nafsu Muthma-innah 
Ia diumpamakan seperti emas sembilan mutu. Ini adalah nafsu ahli khawas iaitu orang yang muttaqin (takwa) dan salihin (salih). Orang yang mempunyai nafsu muthma-innah ini telah mencapai darjat pertengahan wali ALLAH.

5) Nafsu Radhiyah 
Ia umpama emas sepuluh mutu. Ini adalah nafsu bagi ahli khawasil-khawas iaitu orang yang muqarrab dan 'arifin. Ini adalah darjat setinggi-tinggi wali untuk dicapai bagi orang awam.

6) Nafsu Mardhiyyah 
Ia umpama intan. Ia adalah nafsu bagi para Nabi ALLAH swt. Tidak dapat dicapai orang orang awam seperti ktia.

7) Nafsu Kamil 
Ia diumpamakan seperti berlian. Inilah nafsu yang tertinggi yang hanya dikhusukan untuk para Rasul ALLAH swt.

Kesimpulannya:- 

* Nafsu pertama dan kedua adalah nafsu orang kebanyakan iaitu nafsu orang awam.

* Nafsu ketiga hingga kelima adalah nafsu peringkat wali.

* Nafsu keenam dan ketujuh adalah untuk para ambiaya' dan mursalin. Tidak sekali-kali dapat dicapai oleh orang awam. Ia tidak dapat diusahakan kerana hanya mereka yang menjadi pilihan sahaja yang akan memperolehinya.

Ia bersalahan dengan peringkat wali yang boleh diperolehi dengan usaha jika dikehendaki ALLAH. Tetapi ada juga yang mendapat gelaran Warathatul-ambiaya' sahaja. Bagi ulamak fiqh lagi sufi, mereka adalah dibawah 'qadam' ambiaya' dan mursalin. Terdapat pada diri mereka sedikit daripada nafsu mardhiyyah dan nafsu kamil. Tetapi tidak sama tarafnya dengan yang ada pada ambiaya' dan mursalin.

No comments:

Post a Comment