Jika hitungan solat kita baik maka segala amal yang lain akan diterima dengan baik. Namun jika hitungan solat tidak baik, maka segala amal ibadah yang lain akan tertolak iaitu tidak diterima.
Ertinya penerimaan ibadah kita adalah tertakluk kepada kesempurnaan solat kita. Mengapa ia begitu? Ini adalah kerana solat adalah ibadat penyembahan kepada Yang Maha Pencipta. Sedangkan ibadah lain adalah sebagai ibadat ketaatan kepada perintah Yang Maha Pencipta itu. Jadi logiklah ibadah penyembahan itu adalah lebih utama dari yang lain. Kerana jika menyembah (solat) NYA, ertinya kita mengiktiraf keesaan NYA. Dan dengan sendirinya kita akan taat kepada segala perintah NYA. Tetapi jika kita sekadar taat tapi tidak mengitiraf keesaan NYA (tidak menyembah)
Maka amat penting untuk kita menjaga dan memelihara solat kita dengan sebaik mungkin dan tidak merosakkan solat.
ROSAK SOLAT
Solat akan menjadi rosak kerana dua perkara :-
- Rosak Waktu Solat
Masalah Haid
1) Permulaan waktu haid.
Tanda-tanda kedatangan haid seperti ada benang merah atau warna kecoklatan adalah bukan haid. Maka kita masih wajib menunai solat seperti biasa walaupun tanda-tanda tersebut berulang untuk dua tiga hari. Bila darah haid benar-benar sudah keluar baru kita tidak boleh melakukan ibadah solat tersebut. Warna darah haid yang benar adalah merah seperti darah ikan yang segar.
Jika darah haid keluar sebelum masuk waktu solat wajib, maka tiada masalah. Tetapi jika darah itu keluar setelah azan waktu (walau beberapa saat) dan kita belum sempat menunaikan solat tersebut maka wajib kita qadakkan solat tersebut. Begitu juga dengan wanita yang bernifas. Jika darah nifas keluar selepas azan maka wajib diqadakkan solat tersebut.
2) Penghabisan Waktu haid.
Waktu haid benar-benar sudah berhenti tidak dapat dipastikan kerana ia berlainan dari seorang dengan yang lain. Maka kita wajiblah berwaspada dan sentiasa memeriksanya pada masa kita yakin haid kita telah habis.
Contoh:-
Haid berhenti sepenuhnya antara waktu Maghrib dan Isyak tanpa kita sedari. Apabila subuh kita belum mandi hadas haid, maka kita wajiblah mengqadakkan solat Maghrib, Isyak dan Subuh. Lakukan ini juga kepada darah nifas.
Dengan melakukan ini kita tidak akan biarkan waktu solat wajib kita kosong bila dihisab nanti.
- Rosak Zat (Diri) Solat
1) Rosak pada lafaz.
Lafas fatehah wajib dengan mahraj yang betul dan dapat didengar oleh telinga sendiri. Ertinya tidak boleh dibaca dalam hati. Mesti dilafaz dengan lidah.
2) Rosak pada perbuatan.
Yang menajadi rukun penting dalam ibadat solat ialah berdiri, sujud dan tu'maminah (berhenti pada setiap pergerakan). Maka janganlah kita sesuka hati melakukan solat wajib dengan hanya duduk di kerusi tanpa alasan yang benar-benar mengizinkan. Jaga pergerakan solat sebaik mungkin supaya hitungan solat kita sempurna kelak.
No comments:
Post a Comment