Bismillahirahmannirahim

UNTuk AwaK


Monday 1 April 2013

tinGkataN nafsU

Nilaian tingkatan nafsu yang tujuh adalah seperti berikut:-

1) Nafsu Ammarah 
Ia umpama besi karat iaitu yang paling buruk dan tiada harganya. Nafsu ini adalah nafsu kebanyakan orang awam. Ia dapat dibaiki jika berusaha memperbaiki diri dan sentiasa mendengar nasihat.

2) Nafsu Lauwamah 
Ia diumpamakan seperti tembaga yang ada harga. Ia juga nafsu kebanyakan orang awam iaitu mereka yang telah meningkatkan darjat mereka dari nafsu yang buruk iaitu nafsu ammarah.

3) Nafsu Mulhamah 
Ia umpama perak. Nafsu ini adalah untuk ahli suluk yang benar. Ini adalah orang warak yang sentiasa berjuang melawan hawa nafsu dan syaitan dengan mengekalkan amal salih yang suci untuk sampai kepada ALLAH swt. Inilah peringkat pertama menjadi wali ALLAH.

4) Nafsu Muthma-innah 
Ia diumpamakan seperti emas sembilan mutu. Ini adalah nafsu ahli khawas iaitu orang yang muttaqin (takwa) dan salihin (salih). Orang yang mempunyai nafsu muthma-innah ini telah mencapai darjat pertengahan wali ALLAH.

5) Nafsu Radhiyah 
Ia umpama emas sepuluh mutu. Ini adalah nafsu bagi ahli khawasil-khawas iaitu orang yang muqarrab dan 'arifin. Ini adalah darjat setinggi-tinggi wali untuk dicapai bagi orang awam.

6) Nafsu Mardhiyyah 
Ia umpama intan. Ia adalah nafsu bagi para Nabi ALLAH swt. Tidak dapat dicapai orang orang awam seperti ktia.

7) Nafsu Kamil 
Ia diumpamakan seperti berlian. Inilah nafsu yang tertinggi yang hanya dikhusukan untuk para Rasul ALLAH swt.

Kesimpulannya:- 

* Nafsu pertama dan kedua adalah nafsu orang kebanyakan iaitu nafsu orang awam.

* Nafsu ketiga hingga kelima adalah nafsu peringkat wali.

* Nafsu keenam dan ketujuh adalah untuk para ambiaya' dan mursalin. Tidak sekali-kali dapat dicapai oleh orang awam. Ia tidak dapat diusahakan kerana hanya mereka yang menjadi pilihan sahaja yang akan memperolehinya.

Ia bersalahan dengan peringkat wali yang boleh diperolehi dengan usaha jika dikehendaki ALLAH. Tetapi ada juga yang mendapat gelaran Warathatul-ambiaya' sahaja. Bagi ulamak fiqh lagi sufi, mereka adalah dibawah 'qadam' ambiaya' dan mursalin. Terdapat pada diri mereka sedikit daripada nafsu mardhiyyah dan nafsu kamil. Tetapi tidak sama tarafnya dengan yang ada pada ambiaya' dan mursalin.

Hal PAtuT dijaGA WaniTA



Perkara pertama yang akan dihitung kelak ialah soal solat kita. Dari hadis Nabi saw yang bermaksud :- 

Jika hitungan solat kita baik maka segala amal yang lain akan diterima dengan baik. Namun jika hitungan solat tidak baik, maka segala amal ibadah yang lain akan tertolak iaitu tidak diterima. 

Ertinya penerimaan ibadah kita adalah tertakluk kepada kesempurnaan solat kita. Mengapa ia begitu? Ini adalah kerana solat adalah ibadat penyembahan kepada Yang Maha Pencipta. Sedangkan ibadah lain adalah sebagai ibadat ketaatan kepada perintah Yang Maha Pencipta itu. Jadi logiklah ibadah penyembahan itu adalah lebih utama dari yang lain. Kerana jika menyembah (solat) NYA, ertinya kita mengiktiraf keesaan NYA. Dan dengan sendirinya kita akan taat kepada segala perintah NYA. Tetapi jika kita sekadar taat tapi tidak mengitiraf keesaan NYA (tidak menyembah) maka kataatan kita tidak ada nilai di sisi NYA.

Maka amat penting untuk kita menjaga dan memelihara solat kita dengan sebaik mungkin dan tidak merosakkan solat.



ROSAK SOLAT

Solat akan menjadi rosak kerana dua perkara :-

  • Rosak Waktu Solat
        Jangan ada waktu solat wajib yang kosong dan tidak diganti. Ertinya apabila dihisab nanti setiap waktu solat kita akan dihitung. Jika ada waktu yang kita tinggalkan maka akan diperiksa samada kita ada mengantikannya (qadak). Bagi wanita harus berhati-hati dan menjaga waktu haid dengan betul kerana ia bersangkut-paut dengan waktu solat kita.

Masalah Haid

1) Permulaan waktu haid.
    Tanda-tanda kedatangan haid seperti ada benang merah atau warna kecoklatan adalah bukan haid. Maka kita masih wajib menunai solat seperti biasa walaupun tanda-tanda tersebut berulang untuk dua tiga hari. Bila darah haid benar-benar sudah keluar baru kita tidak boleh melakukan ibadah solat tersebut. Warna darah haid yang benar adalah merah seperti darah ikan yang segar.

     Jika darah haid keluar sebelum masuk waktu solat wajib, maka tiada masalah. Tetapi jika darah itu keluar setelah azan waktu (walau beberapa saat) dan kita belum sempat menunaikan solat tersebut maka wajib kita qadakkan solat tersebut. Begitu juga dengan wanita yang bernifas. Jika darah nifas keluar selepas azan maka wajib diqadakkan solat tersebut.

2) Penghabisan Waktu haid.
    Waktu haid benar-benar sudah berhenti tidak dapat dipastikan kerana ia berlainan dari seorang dengan yang lain. Maka kita wajiblah berwaspada dan sentiasa memeriksanya pada masa kita yakin haid kita telah habis.

Contoh:-
Haid berhenti sepenuhnya antara waktu Maghrib dan Isyak tanpa kita sedari. Apabila subuh kita belum mandi hadas haid, maka kita wajiblah mengqadakkan solat Maghrib, Isyak dan Subuh. Lakukan ini juga kepada darah nifas.

Dengan melakukan ini kita tidak akan biarkan waktu solat wajib kita kosong bila dihisab nanti.


  • Rosak Zat (Diri) Solat
       Ada kerosakan pada solat itu sendiri. Kesosakan pada solat terbagi dua:-

1) Rosak pada lafaz.
    Lafas fatehah wajib dengan mahraj yang betul dan dapat didengar oleh telinga sendiri. Ertinya tidak boleh dibaca dalam hati. Mesti dilafaz dengan lidah.

2) Rosak pada perbuatan.
    Yang menajadi rukun penting dalam ibadat solat ialah berdiri, sujud dan tu'maminah (berhenti pada setiap pergerakan). Maka janganlah kita sesuka hati melakukan solat wajib dengan hanya duduk di kerusi tanpa alasan yang benar-benar mengizinkan. Jaga pergerakan solat sebaik mungkin supaya hitungan solat kita sempurna kelak.