Bismillahirahmannirahim

UNTuk AwaK


Thursday 3 October 2013

YA ALLAH....DENgarlAh DOA ku ini....T_T


Ku renung pada langit yang kebiruan.. Subhanallah.. Indahnya ciptaan-MU ya Allah.. Layakkah insan seperti aku ini berjalan dengan penuh megah? Sedangkan aku ini hanya berasal daripada setitis air mani yang hina.


Ya Allah, terlalu banyak dosa yang aku lakukan sehingga tidak terhitung olehku. Aku alpa ya Allah.. Aku lupa bahawa aku ini hanya insan yang lemah. Tanpa sebarang kekuatan, dan jika Engkau tiada untuk membantu, apalah dayaku.. Namun, seringkali aku berbuat kemungkaran tanpa menghitung pahala dan dosa. 

Ya Allah, aku merasa beratnya beban yang ditanggung ini. Sepatutnya aku menjadi pendokong dalam meneruskan dakwah islam, namun aku sendiri menghancurkan diri sendiri. Aku malu ya Allah.. Malu padaMu dan malu pada semua yang memandang tinggi kepadaku.

Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan. Bantulah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam. Bantulah aku ya Rahman. Mungkinkah suatu hari nanti, dengan kasih sayangMu, aku dapat meninggalkan dosa-dosa yang aku lakukan kini? Dengan rahmat dan kasihan belasMu, aku dapat melaksanakan tanggungjawab ku kepadaMu? Mungkinkah, sedangkan aku selalu membelakangkanMu?

Ku akui, amat susah untuk meninggalkan perkara yang sudah menjadi tabiat. Maksiat itu seakan sebati dengan diriku. Saat aku melakukannya, tiada rasa dosa dan bersalah di dalam diriku. Meskipun ia suatu kemungkaran, kerana sudah terbiasa.., ku fikirkan banyak lagi masa untuk bertaubat.

Hakikatnya aku sedar ya Allah… Hari demi hari umurku semakin berkurang.. dan berkurang.. sehinggakan pada suatu masa nanti.. sudah tidak mampu lagi untuk bertaubat kerana kesakitan menghadapi sakaratul maut. Dan mungkin juga tiada sempat untuk aku bertaubat lantaran nyawaku ini hanyalah satu pinjaman. Bila-bila sahaja Engkau akan mengambilnya tanpa ku duga.
Mungkinkah pada waktu itu baru aku hendak menyesal? Sedangkan peluang dan masa ku tiada lagi untukku. Aku tidak mahu ya Allah.. Sungguh aku tidak mampu menanggung seksa azab-MU kerana sakit yang kualami kini pun sudah tidak tertanggung sakitnya. Ini baru ujian di dunia. Apakah di akhirat nanti ku akan menerima azab yang lebih peritnya?

Ya Allah.. Ampunkanlah aku. Hapuskanlah dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini dan terima kasih ya Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku inilah akhirnya yang mengingatkan diriku kembali,  betapa kerdilnya diri ini.

 Wahai teman..
Apakah kau masih alpa seperti diri ini jua? Berubahlah.. kerana sahabatmu ini sayangkan dirimu. Dan kerana itulah, aku tidak mahu apa yang berlaku pada diriku, juga terjadi kepadamu. Gunakanlah kesempatan dan peluang yang ada untuk mendekatkan dirimu kepada Allah.


Untuk diriku dan dirimu, ingatlah “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia yang mengubah nasibnya sendiri”. Saat ini, aku berusaha untuk mengubah diriku dan aku ingin membawa mu bersama-samaku. Ya, bersama-samalah kita menuju ke pintu syurga-Nya. InsyaAllah.
Doakan aku teman…

Tuesday 1 October 2013

SAbaR,beRSyUKuR,tAbAh DAn senYUm:)


“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 7)


Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?

BERSYUKUR!

Ya, itulah yang seharusnya.
Tapi… bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?

Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.

Sedarkah kita… beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan
Fiman Allah SWT:

“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)

Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:

“After every storm there is a rainbow.”

Selepas setiap guruh, adanya pelangi.
Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.

Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.

Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.

Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.

Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Renung-renungkan.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.

SENYUM XPERLU KATA APA2

Berikut adalah kelebihan bersenyum :


1. Senyum menyebabkan kita kelihatan lebih cantik atau handsome! Betul tak?
2. Senyum mampu mengubah ‘mood’ kita kepada yang lebih positif dan bertenaga.
3. Senyum mengurang atau menghilangkan tekanan atau stress. Anda pernah cuba?
4. Senyum memantapkan sistem imunisasi badan kita. Maka badan kita akan lebih tahan terhadap penyakit.
5. Senyum menyebabkan anda kelihatan lebih muda! :D
Senyum-senyumlah selalu okey!

pUTus CINta KERanA CINTA ILAHI

“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”
“Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..”
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?


 
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)


“Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”
Marilah sama-sama kita renungkan… belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditakdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

HIdup bERSAMA pasAngAN di SYURGa

Seorang isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia dalam hidup abang?”

Suaminya memandang muka isteri dan berkata, “Saat itu belum terjadi lagi..”

Si isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”


Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, “Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh” di dalam rumah kita di syurga..”
Rasulullah s.a.w pernah berdoa :

“Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)
Firman Allah SWT :


“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim, ayat ke-6)

“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya.” (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

kehENdaK mAnusiA atAu TUHAN

Saya cuma ingin berkongsi pendapat tentang keutamaan hidup kita. Bagi saya dalam apa pun keputusan hidup kita, kita perlu membuat keutamaan berdasarkan apa yang kita fahami dalam hidup. Dan pilihan itu adalah berdasarkan apa yang kita fahami tentang tujuan hidup.

Antara dua pilihan atau lebih dari dua pilihan, pilihan yang mana lebih menguntungkan untuk membawa kita ke kehidupan yang lebih baik. Bagi kita ummat Islam tentunya berkaitan dengan hidup di akhirat kelak. Maka jika menyentuh tentang kehidupan akhirat tentunya kita mahukan syurga dan jika kita mahukan syurga, pastinya kita hanya mahukan REDHA ALLAH SWT.

Jadi dalam pilihan kita, apa jenis pilihan pun, kita perlu utamakan pilihan yang mendapat redha dari Allah. Pilihan yang tidak melanggar apa yang ditegah-Nya. Pilihan yang menjadikan kita lebih dekat dengannya.Selain dari itu adalah pilihan yang salah.
Dalam membuat pilihan sama ada untuk menjaga hati manusia atau menjaga Allah, tentulah kita perlu menjaga Allah.. walaupun terpaksa menyakitkan hati manusia. Tentulah agama melarang kita menyakiti sesama insan, tetapi yang manakah lebih penting? Redha Allah atau kesenangan hati manusia?
 
Dalam ketaatan kepada Ibu bapa, agama meletakkan sempadan dalam mentaati ibu bapa. Ketaatan yang boleh menyebabkan kita melanggar perintah Allah adalah dilarang. Maka seorang anak boleh ingkar jika ibu bapa mereka menyuruh melakukan kemungkaran. Seoarang anak wajib menolak permintaan yang melanggar perintah Allah secara baik dan sedaya upaya memperbetulkan keadaan itu, malah jika keadaan masih lagi di luar kawalannya, ambillah keputusan untuk tinggal berjauhan dan mohonlah pertolongan Allah. Allah pasti membantu hamba-Nya selalu mengutamakan perintah-Nya.

Jika seorang lelaki mengajak seorang wanita bercinta seperti yaang berlaku dalam kisah muda-mudi hari ini, wanita itu akhirnya termakan pujukan si lelaki kerana kasihan dan mahu menjaga hatinya. Adakah pilihan wanita itu betul? Adakah pilihan wanita itu selari dengan apa yang Allah mahu?

Wednesday 12 June 2013

DoakU untUkmu DuhAi pemiliK tuLANG rusUK KiriKU


Assalamualaikum...
Ya Allah..
bisikkan pada nya.. yang aku amat merindui dirinya..

Ya Allah..
smpai kan pada nya, bersabarlah menanti diri ini..
sesungguhnya..aku masih belum cukup siap untuk menjadi yang terbaik..

Ya Allah...
katakan pada nya...jadilah yang beriman, kuatkan iman nya.. agar dpat membimbing diri ini ke jln redha Mu Ya Rabb..
sesungguhnya aku amat memerlukan hidayahMu untuk menggapai syurga di Sana..

SubhanaAllah..
aku tak mampu untuk menghadapi dugaan dunia Mu ini seorang diri Ya Allah..
hadiah kan aku pendamping yang melabuhkan cintanya hanya pada Mu Ya Allah..

walau aku rasa cukup kerdil untuk berdamping dengan nya, tapi aku amat memerlukan kekasih Mu itu Ya Allah... kerna aku ingin sekali menjadi penyejuk Jannatul Ajla..insyaAllah.... aku sedar..aku tidak layak ke syurga Mu Ya Allah... namun aku juga tidak sanggup untuk ke neraka Mu...

bisik kan d telinga nya, detik kan lah dalam hati nya Ya Allah yang aku sudi untuk menjadi permaisuri hidup nya... aku tidak faham dengan semua ini Ya Allah... tapi ini adalah rasa yang lahir dari lubuk hati aku.. sejujurnya aku menaip warkah yang tak beralamat ini Ya Rabb...

hanya pada Mu aku menyerah.. tiup kan rasa ini ke hati nya... katakan pada nya, aku ikhlas.. bersedia untuk menjadi yang terbaik..

sekiranya memang nama nya yang Kau tuliskan di Lauhul Mahfuz untuk ku... Kau peliharakan lah kami dari dosa dunia.. pelihara kan lah kami dari zina hati.. Ya Tuhan..sekiranya dia juga sedang merasakan apa yang aku rasakan ini Ya Allah... kuatkan lah iman nya.. agar dia tidak terpesong dari jalan Mu Ya Allah.. agar dia juga merasakan akan keikhlasan ini Ya Allah... ampun kan lah kami atas rasa ini... peliharakan lah hati kami, kami masih milik Mu Ya Allah.. restuilah rasa ini.. agar rasa ini boleh membawa kami ke jalan redha Mu..

andai ini adalah yang terbaik... aku redha Ya Allah... semoga cinta ini, bukan lah sebuah nasib... terima kasih Ya Allah...indah nya rasa cinta yang lahir hanya kerana Mu... (",) 

Friday 7 June 2013

kenApa Nak MEngeLUh...(^_^)>


Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

  Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?
Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?
Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)
Kita berkata: Aku sedih!
Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

Kita berkata: Aku tak tahan!
Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?
Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)



Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.

Friday 24 May 2013

akU seDANG dIPERhaTIKan




Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.


Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)


 Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)



Monday 20 May 2013

CinTA LAh PAda PEnCIpTA


Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple".Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?

Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
 Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!
Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf  dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.
Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Monday 1 April 2013

tinGkataN nafsU

Nilaian tingkatan nafsu yang tujuh adalah seperti berikut:-

1) Nafsu Ammarah 
Ia umpama besi karat iaitu yang paling buruk dan tiada harganya. Nafsu ini adalah nafsu kebanyakan orang awam. Ia dapat dibaiki jika berusaha memperbaiki diri dan sentiasa mendengar nasihat.

2) Nafsu Lauwamah 
Ia diumpamakan seperti tembaga yang ada harga. Ia juga nafsu kebanyakan orang awam iaitu mereka yang telah meningkatkan darjat mereka dari nafsu yang buruk iaitu nafsu ammarah.

3) Nafsu Mulhamah 
Ia umpama perak. Nafsu ini adalah untuk ahli suluk yang benar. Ini adalah orang warak yang sentiasa berjuang melawan hawa nafsu dan syaitan dengan mengekalkan amal salih yang suci untuk sampai kepada ALLAH swt. Inilah peringkat pertama menjadi wali ALLAH.

4) Nafsu Muthma-innah 
Ia diumpamakan seperti emas sembilan mutu. Ini adalah nafsu ahli khawas iaitu orang yang muttaqin (takwa) dan salihin (salih). Orang yang mempunyai nafsu muthma-innah ini telah mencapai darjat pertengahan wali ALLAH.

5) Nafsu Radhiyah 
Ia umpama emas sepuluh mutu. Ini adalah nafsu bagi ahli khawasil-khawas iaitu orang yang muqarrab dan 'arifin. Ini adalah darjat setinggi-tinggi wali untuk dicapai bagi orang awam.

6) Nafsu Mardhiyyah 
Ia umpama intan. Ia adalah nafsu bagi para Nabi ALLAH swt. Tidak dapat dicapai orang orang awam seperti ktia.

7) Nafsu Kamil 
Ia diumpamakan seperti berlian. Inilah nafsu yang tertinggi yang hanya dikhusukan untuk para Rasul ALLAH swt.

Kesimpulannya:- 

* Nafsu pertama dan kedua adalah nafsu orang kebanyakan iaitu nafsu orang awam.

* Nafsu ketiga hingga kelima adalah nafsu peringkat wali.

* Nafsu keenam dan ketujuh adalah untuk para ambiaya' dan mursalin. Tidak sekali-kali dapat dicapai oleh orang awam. Ia tidak dapat diusahakan kerana hanya mereka yang menjadi pilihan sahaja yang akan memperolehinya.

Ia bersalahan dengan peringkat wali yang boleh diperolehi dengan usaha jika dikehendaki ALLAH. Tetapi ada juga yang mendapat gelaran Warathatul-ambiaya' sahaja. Bagi ulamak fiqh lagi sufi, mereka adalah dibawah 'qadam' ambiaya' dan mursalin. Terdapat pada diri mereka sedikit daripada nafsu mardhiyyah dan nafsu kamil. Tetapi tidak sama tarafnya dengan yang ada pada ambiaya' dan mursalin.

Hal PAtuT dijaGA WaniTA



Perkara pertama yang akan dihitung kelak ialah soal solat kita. Dari hadis Nabi saw yang bermaksud :- 

Jika hitungan solat kita baik maka segala amal yang lain akan diterima dengan baik. Namun jika hitungan solat tidak baik, maka segala amal ibadah yang lain akan tertolak iaitu tidak diterima. 

Ertinya penerimaan ibadah kita adalah tertakluk kepada kesempurnaan solat kita. Mengapa ia begitu? Ini adalah kerana solat adalah ibadat penyembahan kepada Yang Maha Pencipta. Sedangkan ibadah lain adalah sebagai ibadat ketaatan kepada perintah Yang Maha Pencipta itu. Jadi logiklah ibadah penyembahan itu adalah lebih utama dari yang lain. Kerana jika menyembah (solat) NYA, ertinya kita mengiktiraf keesaan NYA. Dan dengan sendirinya kita akan taat kepada segala perintah NYA. Tetapi jika kita sekadar taat tapi tidak mengitiraf keesaan NYA (tidak menyembah) maka kataatan kita tidak ada nilai di sisi NYA.

Maka amat penting untuk kita menjaga dan memelihara solat kita dengan sebaik mungkin dan tidak merosakkan solat.



ROSAK SOLAT

Solat akan menjadi rosak kerana dua perkara :-

  • Rosak Waktu Solat
        Jangan ada waktu solat wajib yang kosong dan tidak diganti. Ertinya apabila dihisab nanti setiap waktu solat kita akan dihitung. Jika ada waktu yang kita tinggalkan maka akan diperiksa samada kita ada mengantikannya (qadak). Bagi wanita harus berhati-hati dan menjaga waktu haid dengan betul kerana ia bersangkut-paut dengan waktu solat kita.

Masalah Haid

1) Permulaan waktu haid.
    Tanda-tanda kedatangan haid seperti ada benang merah atau warna kecoklatan adalah bukan haid. Maka kita masih wajib menunai solat seperti biasa walaupun tanda-tanda tersebut berulang untuk dua tiga hari. Bila darah haid benar-benar sudah keluar baru kita tidak boleh melakukan ibadah solat tersebut. Warna darah haid yang benar adalah merah seperti darah ikan yang segar.

     Jika darah haid keluar sebelum masuk waktu solat wajib, maka tiada masalah. Tetapi jika darah itu keluar setelah azan waktu (walau beberapa saat) dan kita belum sempat menunaikan solat tersebut maka wajib kita qadakkan solat tersebut. Begitu juga dengan wanita yang bernifas. Jika darah nifas keluar selepas azan maka wajib diqadakkan solat tersebut.

2) Penghabisan Waktu haid.
    Waktu haid benar-benar sudah berhenti tidak dapat dipastikan kerana ia berlainan dari seorang dengan yang lain. Maka kita wajiblah berwaspada dan sentiasa memeriksanya pada masa kita yakin haid kita telah habis.

Contoh:-
Haid berhenti sepenuhnya antara waktu Maghrib dan Isyak tanpa kita sedari. Apabila subuh kita belum mandi hadas haid, maka kita wajiblah mengqadakkan solat Maghrib, Isyak dan Subuh. Lakukan ini juga kepada darah nifas.

Dengan melakukan ini kita tidak akan biarkan waktu solat wajib kita kosong bila dihisab nanti.


  • Rosak Zat (Diri) Solat
       Ada kerosakan pada solat itu sendiri. Kesosakan pada solat terbagi dua:-

1) Rosak pada lafaz.
    Lafas fatehah wajib dengan mahraj yang betul dan dapat didengar oleh telinga sendiri. Ertinya tidak boleh dibaca dalam hati. Mesti dilafaz dengan lidah.

2) Rosak pada perbuatan.
    Yang menajadi rukun penting dalam ibadat solat ialah berdiri, sujud dan tu'maminah (berhenti pada setiap pergerakan). Maka janganlah kita sesuka hati melakukan solat wajib dengan hanya duduk di kerusi tanpa alasan yang benar-benar mengizinkan. Jaga pergerakan solat sebaik mungkin supaya hitungan solat kita sempurna kelak.  

Saturday 30 March 2013

FaMilY ku SayaNG




Satu projek mini PKM telah di adakan pada tanggal  7 Mac 2013 bertempat di UMP. Projek ini telah melibatkan seramai 80 orang murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara dan seramai 15 orang fasilitator telah terlibat bagi menjayakan projek ini. Mini PKM ini sebenarnya adalah di bawah anjuran CENFED dan dikendalikan oleh kelab In-Smartive. 

Aktiviti pertama yang di adakan pada sebelah pagi adalah aktivit mendaki bukit pelindung. Aktiviti ini diambil alih sepenuhnya oleh pihak CENFED dan tidak melibatkan fasilitator dari kelab In-Smartive. Para pelajar tiba di UMP pada tengahari dan mereka terus di bawa ke masjid UMP untuk berehat dan seterusnya menunaikan solat zohor berjemaah. Para fasilitator diminta berada di masjid untuk megawasi pergerakan para pelajar memandangkan para pelajar di minta untuk terus berada di masjid.selesai solat berjemaah para pelajar di bawa ke blok W untuk makan tengahari di sana.

Sesi perkenalan fasilitator dibuat secara ringkas dan diketuai oleh penyelaras projek sendiri iaitu Mohamad Saidi bin Ismail.Keceriaan bermula apabila para pelajar melakukan refreshment  iaitu “Gemuruh” dan “Superman”.

Pada pukul 2.45 petang bermula slot pertama iaitu slot ceramah yang diberikan oleh penasihat kelab in-smartive iaitu En Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain. Slot ini mengambil masa selama lebih kurang 1 jam. Sesi ini lebih tertumpu kepada motivasi dalam menyuntik semangat belajar dan berusaha bersungguh-sungguh di kalangan pelajar.

LDK pertama yang di jalankan adalah Timeline. Dalam LDK pertama ini para pelajar diminta untuk melukis matlamat  mereka sebelum peperiksaan, selepas peperiksaan, hala tuju mereka seterusnya cita-cita meraka. Ini bertujuan untuk mengenalpasti cita-cita mereka dan seterusnya bermotivasi untuk mencapai cita-cita tersebut.
  
LDK kedua adalah slot terakhir iaitu Jendela Jauhari. LDK kedua juga berlansung selama 30 minit. Tujuan utama LDK ini adalah untuk melatih para pelajar membuat sesuatu perancangan dengan lebih efektif dengan mengutamakan perkara mana yang perlu di segerakan.
Sebelum berpisah satu lagi refreshment telah dilakukani iaitu Happy Day . Terpancar keceriaan pada wajah para pelajar dan tidak ketinggalan juga pada wajah fasilitator. Selepas seronok ber ‘Happy Day’, tibalah sesi yang di tunggu-tunggu iaitu sesi fotografi.

Setelah selesai sesi fotografi para pelajar bersalaman dengan fasilitator sebelum mereka semua bersurai. Ternyata guru dari SMK Lepar Utara sangat berpuas hati dengan projek seperti ini dan berharap projek ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Semoga projek ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar.



                hujung sekali belah kiri paling comel...


                                 barisan fasilitator insmrtive..........(^_^)


      kenapa adik ni....kenape??????comel..........macam.....


                                               adik2 kene cramah ke abang la ni...:P


                                                      baju oren tu saya..hahahha


                 gosok tiok ke npe dik......hehehe...ikut abg yerk....

kami adalah kelurga yg comel.................:)



Tuesday 12 March 2013

AkaL meNguAsai EmOsi

hari ni aku belajar sesuatu....dan aku akn pegang kata2 ini sebagai visi hidupku...


"AKAL MENGUASAI EMOSI"

sebab setiap yang berlaku dihadapan kite hendaklah diambil pehgajaran dan setiap tindakan kita hendaklah sebaik2 tindakan..iaiti menggunakan akal fikiran yang waras berlandaskan agama dan kemampuan diri kita..jangan gunakn emosi dalam apa jua rintangan dan cubaan yang mendatang....cuba lah menjadi oarng pnadai sedangkan diri kamu sebenarnya pandai tanpa pengetahuan kamu sendiri...akal menguasai emosi..setiap yang berlaku difikirkan dahulu dan tindakan susulan diambil untuk menjadi insan yng cmerlang dhormati orang....orang yang menggunakan akal perlulah mengetahu 6SIGMA..

define
measure
analyze
iimprove 
control

InsyaAllah Allah akan sellu dgn kita dan setiap tndakan kita tidak mengikut nafsu dan emosi... gunakan AKAL!!!!