Bismillahirahmannirahim

UNTuk AwaK


Tuesday, 5 June 2012

Aku SaYaNg blOg ni


Debo tw dok..bile blog ni xleh bukok..huhuhu....bru ni mmber ambe tu sorg...ye men2 unistall google..ambe sign in skmo google...xpnh log out pon..tp..bile kne delete tu..ye hilg r secare otometik..ye log out..kne sign in blik r..ambe ni bkn jns org yg engtn pnjg..klu password2 ni lmh ckit..ye mri dok engt!!!hihihihi...mmg debo r...pening ple mkir...mjur ye mri ilham...bce Bismillah...
tggu2......loading2...........fuhhhhhhhhh............
jdi!!!!!!!lege molek...........hihihi....klu x xupdte mne la ambe......hihihihi...:)...bia r org kbo syok sndri pon..asal dri puas mlihat jari jemari mnri diats keyboard.......ayat2 dri hti yg tulus suci ni...........hihihihi..............love u my blog........:P

Tuesday, 22 May 2012

hIdaYah MIlik Allah


kehidupan adalah kilauan fajar sangat indah dan memukau. ramai manusia tertipu lalu menjadi pemuja hidup duniawi tanpa sedar hujung pangkal hakikat hidup. sedangkan hidup adalah seperti pedagang yang datang dan akan bereangkat ke negeri lain. walau seindah mana pun hidup di dunia, apabila semboyan dilagukan, dia terpaksa berangkat pergi ke dunia alam barzah sana. 
ketaksuban kepada dunia telah melalaikan matlamat serta misi hidup seseoarang manusia. cara hidup jahiliah akan terus berputar bersama putaran masa dibawah langit dunia tanpa henti. dalam kelalaian itulah manusia berlaku zalim sesama sendiri. semuanya begitu sempurna kerana galam gelap zulumat itu, kesakitan, kesensaraan dan penderitaan ada bius hiburan yang merawat sehingga kesakitan jadi kian parah kian punah. pun begitu pada satu saat, tiba-tiba pintu hati diketuk oleh cahaya hidayah.
dunia menjadi sepi seketika kerana bahasa pertuturan bukan lagi bahasa lisan, sebaliknya suara hati meronta. terasa hati dilimpahi dingin, ibarat air empangan yang pecah menyerbu masuk segenap rongga hati. tubuh mulus tidak dapat lagi menahan dan bertahan, air mata berjurai mengalir bersama irama sendu tangisan. hari itu dia menyungkur sujud penuh syahdu, bibirnya bergetar menyebut nama Tuhan, memohon keampunan, memohon secebis kemaafan,Tuhan,Tuhan....ampunkan aku yang lalai ini...ampunkan aku yang leka..ampunkan aku yang lupe dengan Penciptaku, Tuhan yang selama ini begitu jauh,terasa begitu dekat. alangkah indah saat itu.terasa mata yang tertutup dibuka kembali.dia hari ini seperti tersentak daripada tidur yang panjang.

Tuesday, 15 May 2012

keCaNtiKan DalAMan YanG AKu CarI



Bukan kecantikan paras rupa menjadi ukuran...tapi budi pekerti itu yang menjadi pilihan. Ingatlah...tiada jaminan wajah yang cantik akan membuat orang sayang,Seperti maksud hadis, bahawa sebaik-baik wanita itu ialah yang menggembirakan apabila dipandang. Menggembirakan kerana kelembutannya, kerendahan hatinya, kasih sayangnya dan kesabarannya. Wanita seperti ini lah yang selalu disanjung dalam diam kerana hati ni dapat terus memandang walaupun yg dipandang tiada di depan mata..

~Manusia tidak dapat merubah bentuk mukanya,tetapi kalau dia mahu..DIA MAMPU MEMPERCANTIKKAN BUDINYA..(^_^)



Di saat engkau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku..Kerana aku akan mendidik bakal-bakal zuriatmu kelak..Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang ALLAH anugerahkan ini..Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita, tetapi aku menjaga dalamanku..

Supaya keredhaan ALLAH selalu bersamaku walaupun aku terluka..

~Andai engkau bakal menjadi imam pada solat malamku..
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga dan agama..
Andai hilang rasa cinta dan kasihmu terhadap diri ini..
Ingatlah bahawa ini amanah ALLAH terhadapmu.. ♥

Supaya keredhaan ALLAH selalu bersamaku walaupun aku terluka..


Pabila dua insan menyintai Tuhan yang SATU,Maka mudahlah bagi mereka untuk berSATU 
Alangkah indah jika cinta yang disemai atas kerana-Nya..Tingkah laku cinta juga atas dasar batas-batas agama-Nya..Bertemu cinta dalam usrah dan halaqah..
Untuk sama-sama menyebarkan dakwah di jalan fisabilillah..
Moga-moga, kita bertemu jodoh di atas jalan dakwah.. 


Untuk sama-sama menyebarkan dakwah di jalan fisabilillah..Moga-moga, kita bertemu jodoh di atas jalan dakwah.. 





Percayalah..

Cinta Itu Indah..Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah..Bila Tujuannya Kerana Allah..Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. ♥




Wednesday, 9 May 2012


"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." 

- Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim



Kadang kala terasa malu sgt2 rase melihatkan diri yang kerdil lagi hina untuk dimiliki oleh seorang wanita yang solehah. Malu untuk mengaku bahawa itulah tulang rusuk kiri aku sendiri yang sekian lama terbenam dalam tubuhnya. Dengan adanya tulang rusuk tersebut, dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Bagaimana pula dengan aku? Persoalan yang sering timbul di dalam benak fikiran aku ialah sudah cukup bagus ke aku untuk memiliki wanita yang cukup sempurna imannya, manis rupa parasnya,sopan santunnya dan elok budi pekertinya?mlu nye....



Ada sesekali aku berfikir akan dosa dan noda yang telah aku lalui selama ini, layakkah aku untuk mengaku tulang rusuk itu milik aku? Belum cukup sedia aku rasakan. Banyak lagi perkara yang aku harus pelajari untuk menjadi lelaki sejati yang berpaksikan keimanan dalam kehidupan seharian. Sebagai suami dan bapa kelak, perkara-perkara yang berkaitan dengan iman,amal perlu dititik beratkan agar si wanita (isteri) berasa bangga bahawa tuan milik tulang rusuk kirinya selama ini merupakan seorang yang soleh dan taat kepada ajaran Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T:
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya). Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga)
(Qs. An Nuur (24) : 26)
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik?"
Pada satu ketika dulu aku pernah terfikir, untunglah lelaki yang baik,kerana mereka akan memperoleh wanita yang baik. Tetapi aku tidak pernah terfikir untuk menjadi salah seorang lelaki yang beruntung itu. Lalu aku abaikan firman Allah yang suci ini dan terus leka dan lalai dalam pelukan duniawi. Kini umur hampir mencecah 22 tahun, makin hari perkara ini sering bermain di kotak minda aku. Sampai bila untuk aku jadi begini?lalai dari semua perintahNya? Timbul rasa insaf dan ingin kembali kepada fitrah kejadianku. Dari situ juga aku banyak bermonolog sendiri,
"Jika aku seorang lelaki yang jahat, adakah aku akan menerima wanita yang sama jahat sebagai isteri aku?"
"Bagaimana jika aku seorang lelaki yang baik?"