ketaksuban kepada dunia telah melalaikan matlamat serta misi hidup seseoarang manusia. cara hidup jahiliah akan terus berputar bersama putaran masa dibawah langit dunia tanpa henti. dalam kelalaian itulah manusia berlaku zalim sesama sendiri. semuanya begitu sempurna kerana galam gelap zulumat itu, kesakitan, kesensaraan dan penderitaan ada bius hiburan yang merawat sehingga kesakitan jadi kian parah kian punah. pun begitu pada satu saat, tiba-tiba pintu hati diketuk oleh cahaya hidayah.
dunia menjadi sepi seketika kerana bahasa pertuturan bukan lagi bahasa lisan, sebaliknya suara hati meronta. terasa hati dilimpahi dingin, ibarat air empangan yang pecah menyerbu masuk segenap rongga hati. tubuh mulus tidak dapat lagi menahan dan bertahan, air mata berjurai mengalir bersama irama sendu tangisan. hari itu dia menyungkur sujud penuh syahdu, bibirnya bergetar menyebut nama Tuhan, memohon keampunan, memohon secebis kemaafan,Tuhan,Tuhan....ampunkan aku yang lalai ini...ampunkan aku yang leka..ampunkan aku yang lupe dengan Penciptaku, Tuhan yang selama ini begitu jauh,terasa begitu dekat. alangkah indah saat itu.terasa mata yang tertutup dibuka kembali.dia hari ini seperti tersentak daripada tidur yang panjang.
No comments:
Post a Comment