Bismillahirahmannirahim

UNTuk AwaK


Friday 28 December 2012

UJian BAgimU DaN BaGI KU


Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Allah telah menguji kita dengan pelbagai keadaan,dop kira kematian,kesakitan,orang sekeliling,bnjir,perpisan dan macam2 bentuk lagi.kita merungut seolah2 kita seorang saja yang ditimpa kesusahan,kita sahaja yang bernasib malang..sedangkan kita lupa setiap insan diatas muke bumi nim ditimpa ujian dan dugaan dalam keadaan yang berbeza.

ALLAH timpakan kita dengan kesenangan dan kesusahan untuk melihat dimana tahap kita untuk menghadapinya..ALLAH tidak akan menguji dengan ujian yang dop dapat dipikul oleh kite,tetapi ia bertepatan dengan diri kita.Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Allah MAHA KUASA..dengan ujian yang dilemparkan kepada kita,ucapkan lah dalam hati "aku redha dengan ketentuanMU,aku sedar betapa kecilnya diriku dcc MU,aku bersyukur dengan ujian ini,Engkau perteguhkan imanku,Engkau rahmatilah daku,Engkau jaga lah hati aku untuk sentiasa mencaintai MU,ampunilah daku,lapangkan dada ku dan Engkau permudahkan urusanku"

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

dan ingat lah SAYANGKU "dugaan itu bukan bererti hukuman kepada kita tetapi sebagai bimbingan untuk kita dan menyedarkan kita bahawa hidup didunia ini bukn lah lama dan diakhirat sana lah yang akan kekal ABADI"

No comments:

Post a Comment