Bismillahirahmannirahim

UNTuk AwaK


Friday 28 December 2012

UJian BAgimU DaN BaGI KU


Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Allah telah menguji kita dengan pelbagai keadaan,dop kira kematian,kesakitan,orang sekeliling,bnjir,perpisan dan macam2 bentuk lagi.kita merungut seolah2 kita seorang saja yang ditimpa kesusahan,kita sahaja yang bernasib malang..sedangkan kita lupa setiap insan diatas muke bumi nim ditimpa ujian dan dugaan dalam keadaan yang berbeza.

ALLAH timpakan kita dengan kesenangan dan kesusahan untuk melihat dimana tahap kita untuk menghadapinya..ALLAH tidak akan menguji dengan ujian yang dop dapat dipikul oleh kite,tetapi ia bertepatan dengan diri kita.Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Allah MAHA KUASA..dengan ujian yang dilemparkan kepada kita,ucapkan lah dalam hati "aku redha dengan ketentuanMU,aku sedar betapa kecilnya diriku dcc MU,aku bersyukur dengan ujian ini,Engkau perteguhkan imanku,Engkau rahmatilah daku,Engkau jaga lah hati aku untuk sentiasa mencaintai MU,ampunilah daku,lapangkan dada ku dan Engkau permudahkan urusanku"

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

dan ingat lah SAYANGKU "dugaan itu bukan bererti hukuman kepada kita tetapi sebagai bimbingan untuk kita dan menyedarkan kita bahawa hidup didunia ini bukn lah lama dan diakhirat sana lah yang akan kekal ABADI"

Tuesday 25 December 2012

FEmeS kejAP2 maSuk BEritA HAriaN



Kuala Lumpur, 18 Disember - Kumpulan In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan pelajar Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (FSKKP), Azwan Affandi terpilih antara tiga calon finalis Anugerah Ikon Varsiti BH anjuran akhbar Berita Harian dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini.
Kumpulan In-Smartive ini membabitkan seramai tujuh pelajar dari Kelab Insmartive yang terdiri daripada Nur Rahimah Mohd Sofyan, Nurul Farhana Abu Kasim, Nor Atikah Salleh, Mohamad Saidi Ismail, Nor Zaratunaimah Kolan, Ahmad Arif Fauzi, Mohd Jamil Mohd Jaafar dan Haffizothul Ommi Aziz dipilih bagi kategori Projek Khidmat Sosial (CSR) dalam negara.
Manakala Azwan Affandi dicalonkan bagi kategori individu keusahawanan yang bakal bersaing dengan dua calon lain iaitu Nor Suriani Azhar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa) dan Azizul Ridhuan Wahid dari Universiti Teknologi Mara Arau (UiTM).
Dua kumpulan lain yang bersaing bersama In-Smartive adalah Preparatory Program dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan pasukan Students in Free Enterprise Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (SIFE UniKL Micet).
Menurut Penasihat Kelab In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain yang juga pensyarah Fakulti Teknologi berkata, pasukan In-Smartive dipilih berdasarkan komitmen dan sumbangan pasukan ini dalam menjalankan program motivasi dan pelaksanaan program Projek Kilauan Mutiara,Teach Malaysia Teach (TMT) yang dijalankan di sekolah sekitar Pahang.
Bagi Mohd Jamil Mohd Jaafar yang merupakan Presiden Kelab In-Smartive, beliau bersyukur dengan kejayaan pasukan ini yang terpilih antara tiga calon finalis.
“Walaupun belum dinobatkan sebagai pemenang, namun kejayaan sampai ke peringkat akhir ini membuktikan sumbangan pasukannya dihargai dan diiktiraf,” katanya semasa menghadiri Majlis Pengumuman Calon Akhir di Balai Berita baru-baru ini.



Hadir dalam majlis Setiausaha akhbar kepada Menteri Pengajian Tinggi, Prof. Madya Mohd Izani Mohd. Zain, Pengurus Besar Pemasaran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Putri Shireen Syed Othman, Timbalan Pengarah Kumpulan BH, Mahfar Ali dan Pengarang Pendidikan BH, Muhd. Yusof Abu Bakar.
Penganugerahan ini terdiri daripada 14 kategori membabitkan penyertaan secara individu dan berkumpulan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuk Kolej Profesional MARA, Institut Kemahiran, Politeknik dan Kolej Komuniti.
Lain-lain anugerah akan dinilai dari aspek kepimpinan, sukan, penyelidikan sains, teknologi agro, kejuruteraan, seni reka, seni bina bangunan, fesyen, projek khidmat komuniti luar Negara, projek inovasi, seminar dan persidangan.
Penganugerahan yang bertujuan melahirkan pelajar IPT yang boleh dijadikan ikon generasi muda hari ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM62,000 bagi semua kategori yang dipertandingkan.Pengumuman rasmi pemenang akan diumum oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dalam majlis akan bakal diadakan pada 28 Januari tahun hadapan. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian umum dan panel yang dilantik.