Satu projek mini PKM telah di adakan pada tanggal 7 Mac 2013 bertempat di UMP. Projek ini telah
melibatkan seramai 80 orang murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara
dan seramai 15 orang fasilitator telah terlibat bagi menjayakan projek ini.
Mini PKM ini sebenarnya adalah di bawah anjuran CENFED dan dikendalikan oleh
kelab In-Smartive.
Aktiviti pertama yang di adakan pada sebelah pagi adalah aktivit mendaki
bukit pelindung. Aktiviti ini diambil alih sepenuhnya oleh pihak CENFED dan
tidak melibatkan fasilitator dari kelab In-Smartive. Para pelajar tiba di UMP
pada tengahari dan mereka terus di bawa ke masjid UMP untuk berehat dan
seterusnya menunaikan solat zohor berjemaah. Para fasilitator diminta berada di
masjid untuk megawasi pergerakan para pelajar memandangkan para pelajar di
minta untuk terus berada di masjid.selesai solat berjemaah para pelajar di bawa
ke blok W untuk makan tengahari di sana.
Sesi perkenalan fasilitator dibuat secara ringkas dan diketuai oleh
penyelaras projek sendiri iaitu Mohamad Saidi bin Ismail.Keceriaan bermula apabila para pelajar melakukan refreshment iaitu “Gemuruh” dan “Superman”.
Pada pukul 2.45 petang bermula slot pertama iaitu slot ceramah yang
diberikan oleh penasihat kelab in-smartive iaitu En Wan Nazrul Helmy Bin Wan
Mohd Zain. Slot ini mengambil masa selama lebih kurang 1 jam. Sesi ini lebih
tertumpu kepada motivasi dalam menyuntik semangat belajar dan berusaha
bersungguh-sungguh di kalangan pelajar.
LDK pertama yang di jalankan adalah Timeline. Dalam LDK pertama ini
para pelajar diminta untuk melukis matlamat
mereka sebelum peperiksaan, selepas peperiksaan, hala tuju mereka
seterusnya cita-cita meraka. Ini bertujuan untuk mengenalpasti cita-cita mereka
dan seterusnya bermotivasi untuk mencapai cita-cita tersebut.
LDK kedua adalah slot terakhir iaitu Jendela Jauhari. LDK kedua
juga berlansung selama 30 minit. Tujuan utama LDK ini adalah untuk melatih para
pelajar membuat sesuatu perancangan dengan lebih efektif dengan mengutamakan
perkara mana yang perlu di segerakan.
Sebelum berpisah satu lagi refreshment telah dilakukani iaitu Happy
Day . Terpancar keceriaan pada wajah para pelajar dan tidak ketinggalan juga
pada wajah fasilitator. Selepas seronok ber ‘Happy Day’, tibalah sesi yang di
tunggu-tunggu iaitu sesi fotografi.
Setelah selesai sesi fotografi para pelajar bersalaman dengan fasilitator sebelum mereka semua bersurai. Ternyata guru dari SMK Lepar Utara sangat berpuas hati dengan projek seperti ini dan berharap projek ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Semoga projek ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar.
barisan fasilitator insmrtive..........(^_^)
kenapa adik ni....kenape??????comel..........macam.....
adik2 kene cramah ke abang la ni...:P
baju oren tu saya..hahahha
gosok tiok ke npe dik......hehehe...ikut abg yerk....
kami adalah kelurga yg comel.................:)