Bismillahirahmannirahim

UNTuk AwaK


Saturday 23 February 2013

DiaRi AkU BErsAma MerEkA


Semaian budi 2.0
Daripada:MOHAMAD SAIDI ISMAIL

Pada tarikh 20 hingga 23 januari 2013, kami warga In-Smartive seramai 40 orang telah menyempurnakan projek Semaian Budi 2.0 yang berlokasi  di Rumah Seri Kenangan Jalan Semeling,08100 Bedong, Kedah darul Aman, disamping mini  Projek Kilauan Mutiara di Sekolah,Sungai Petani, juga di negeri Kedah.Pengurus Projek bagi projek ini adalah Saudara Muhammad Amin Bin Mohd Fauzi, dan sedia maklum penasihat kelab kami Encik Wan Nazrul Helmy selaku pembantu penyelidik naib canselor Universiti Malaysia Pahang dan pesyarah Fakulti Teknologi.

Banyak ilmu yang dipelajari dalam projek semaian budi 2.0 pada kali ini, dan saya pernah menyertai semaian budi 1.0, dimana yang menitik beratkan amalan 3K iaitu kesukarelawan,kepimpinan dan kauseling , projek ini yang bertemakan khidmat komuniti. Kita sebagai umat islam hendaklah sentiasa mengasihi kanak-kanak dan warga tua, walaupun bukan anak kita sendiri dan  hendaklah kita memberikan atau mengutamakan hak-hak orang tua, terutama menghormati mereka, berbuat baik kpd mereka, dan mendahulukan mereka dalam apa jua perkara dalam masyarakat,dari Ibnu Abbas berkata: Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Laisa minna man lam yarham soghirana yuaqqir kabirana wa-yakmur bil-ma'rufi ya-yanhu 'annil munkari' yang bermaksud: Bukanlah dari golonganku (yakni, umatku) orang yg tidak menyayangi kanak-kanak dan orang yg tidak memuliakan orang-orang tua dan orang yg tidak menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kpd kemungkaran.Dalam projek ini kami menolong dan bergaul dengan masyarakat sekeliling dan membantu mereka yang memerlukan. Objektif program ini membantu warga tua dan  selain memupuk kepekaan mahasiswa terhadap masyarakat sekitar dan perkara yang berlaku disekeliling mereka.

20 january 2013,Ahad:

Kami bertolak dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa pada pukul 7.00 pagi pergi ke rumah warga tua Seri Kenangan.apabila sampai dengan perasaan yang teruja, kami memanjatkan doa agar semua berjalan dengan baik dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.sampai sahaja disana kami melihat wajah-wajah warga tua yang dihantar oleh keluarga mereka, rasa terharu dan sedih bermain dlam fikiran, pagi yang cerah dan penuh kerahmatan itu telah  dijalankan satu perhimpunan pagi yang mengumpulkan warga tua dari segenap penjuru negeri yang menetap dirumah Seri Kenangan itu,aktiviti dimulakan dengan senaman dan nyanyian lagu dengan penuh semangat selepas itu pengetua meraka yang nampak ringkas berpakaian dan mempunyai wajah muka yang bekeng,memberi ucapan yang padat dan persolan-persolan yang aneh dan pelik,tapi memberi seribu satu makna kepada hamba Allah yang masih bernafas untuk berfikir kita seharusnya sedar hidup ini tidak lama dan bukan kekal selamanya, Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36). Pada pagi itu kami diberi taklimat oleh Encik shah sebelum dibawa ke asrama warga tua disitu untuk menjalan tugas kami sebagai pekerja sementara disana.

Tibanya kami didalam asrama warga tua lelaki,kami peserta lelaki dipecahkan kepada 2 kumpulan, kami telah ditugaskan untuk memberi makan kepada pakcik-pakcik diasana yang tidak berupaya mengurus diri mereka sendiri kerana keuzuran, dengan rasa rendah diri dan bersopan santun kami menyuapkan makanan kepada mereka dengan penuh kasih sayang, terukir kegembiraan dan ketenangan diwajah mereka,saya sempat bersembang dengan beberapa warga tua disitu, mereka telah menceritakan serba sedikit tentang diri mereka,salah seorangnya adalah pakcik yang berasal dari Pulau Penang yang telah bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris pada satu ketika dahulu.fikiran saya terus berfikir kemana anak-anak meraka dan keluarga terdekat yang bertangggungjawab menjaga dan memikul tugas untuk menjaga mereka ini,tiada kesedaran untuk memikul amanah sebagai anak-anak untuk menjaga ibu dan ayah  mereka. Air mata yang menitis dipipi memberi makna yang mendalam kepada saya dan untuk menguatkan tekad untuk menjaga ibu dan ayah saya apabila mereka sudah meningkat usia.Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tanda orang munafik itu ada tiga macam: iaitu jikalau berkata ia dusta, jikalau berjanji tidak ditepati dan jika dipercaya untuk memegang sesuatu amanah ia khianati." (Muttafaq 'alaih). Kami ditugaskan memotong kuku dan mencukur janggut dan misai warga tua disitu.keadaan yang tenang memudahkan kami melakukan kerja, selapas selesai semua tugasan pagi. Tibanya waktu mkan tengah hari dimana mereka dihidang makanan yang lebih enak.kami menyuapkan makanan kepada mereka.tiada perasaan segan atau pun malu antara kami dan sesama warga tua disitu,mereka umpama ayah-ayah kami,dan keceriaan dirasakn dengan kehadiran kami disana.sekurang-kurangnya mereka ada tempat untuk mengadu dan bergurau senda.selesai makanan ada je pakcik yang nak tambah nasi,xde keje,makan tidur,lepas tu buat lawak.hehehe..lapaq3x..xtaw la...sbar je lah tgk kaletah meraka...:)...lepas meraka selesai makan,kami mengutip bekas makanan untuk dibasuh,warga tua disana nampak keletihan disebelah petang dan mereka hanya berehat dan tidur,kita kena paham mereka tiada upaya untuk menjalani kehidupan normal,saya hanya mampu berdoa agar mereka tetap dibawah Rahmat dan keredhaan Allah.

21 january 2013, Selasa:

Pada pagi selasa kami dibawa oleh Encik Shah untuk pergi ke rumah oku,pusat pemulihan dalam komuniti(PDK),kami melihat mereka bekerja dan belajar untuk membuat kraf tangan dan hasil kerja yang sangat unik,mereka menjahit,membuat pasu bunga,tudung saji dan bermacam lagi barang yang saya sendiri tidak tahu caranya,hehe...kami melihat kanak-kanak istemewa ini dijaga dan diasuh dengan sebaiknya oleh warga PDK.kedaaan fasiliti dan bahan-bahan pembelajaran cukup lengkap untuk mendidik warga OKU ini,kehebatan dan bakat mereka diserlahkan dan diasah disana,dan barang yang siap direka, dijual dan dipamerkan di pameran-pameran yang dianjurkan oleh agensi-agensi yang berkenaan.kami sempat membeli barangan dan hasil kerja OKU disana. Selepas itu,kami kembali bekerja dan menjalani tugasan di rumah warga tua yang berhampiran dengan PDK itu, saya daan beberapa kawan lain telah melawat pesakit mental di rumah seri kenangan itu,mereka dikawal rapi dan diberi ubat ubatan untuk mngawal tingkah laku mereka.kami sempat berbual dengan pakcik-pakcik disana dan ada yang menunjukkan bakat bermain gitar dan melukis.keadaan yang tenang memberanikan kami mendekati mereka.kami melakukan tugasan seperti biasa didalam asrama lelaki dan melawat ke asrama-asrama lain untuk menjenguk dan menyapa warga disitu.kami pulang lebih awal dan pergi melepaskan keletihan dibandar sungai petani pada petang selasa itu.


22 januari 2013, Rabu.

Tibanya kami dirumah seri kenangan pada hari akhir kami disana,warga tua disana baik lelaki mahupun prempuan asyik bermain dipadang,kami sempat bergurau senda dan bermain dengan mereka dan menceriakan lagi keadaan.selepas penat bermain saya sempat membawa seoarng pakcik ke pusat rawatan,dia mengadu sakit kaki dan lenguh2 badan,pakcik itu memakai kerusi roda untuk bergerak,kami menolaknya dan membawa dia menjalani rawan pysiotherapy,dia mengalami lumpuh akibat angin ahmar,setiap ujian yang ditimpakan ada hikmahnya,dan penyakit yang ditimpakan bukan sia-sia.Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, dimana beliau bersabda:“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. Kami mempelajari banyak ilmu dan kebaikan sepanjang kami berada disana...:)..semoga Allah mencatat perbuatan kita sebagai amal soleh dan sama-sama kita jadikan kehidupan di dunia ini sebagai medan untuk kita beramal dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat. Tidak mungkin kita akan tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan yang sedikit dan tidak berkualiti pula apabila menuju perjalanan yang jauh iaitu ke alam barzakh dan alam akhirat . Janganlah sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan  yang kita miliki tanpa kita membuat pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa yang akan menjadi pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata kerana Allah SWT......(^_^)