Bismillahirahmannirahim

UNTuk AwaK


Tuesday 23 September 2014

aKu ingiN kasIh MU




Cukuplah Allah menjadi Penolong

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. (Ali Imran: 173)
Ketika Nabi Ibrahim 'alaihi salam dilempar ke dalam api, baginda mengucapkan hasbunallahu wani’ mal wakil, lalu Allah menjadikan api yang panas menjadi dingin sehingga Nabi Ibrahim terselamat dari api yang membara itu.
Mari lazimkan membaca kalimah ini, hasbunallahu wani’ mal wakil.

Aku Redha


"Tidaklah seseorang Muslim yang berkata pada waktu pagi dan petang 3 kali: "Aku redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam sebagai nabiku", melainkan menjadi hak bagi Allah meredhainya pada hari kiamat". (HR. Imam at-Tirmidzi)






Monday 8 September 2014

PerEmpuAn YaNg bAik untUk LelaKi yaNG bAiK,daN seBaliknYa



Jika sekarang kamu sedang MEMPERBAIKI DIRI, INSYAALLAH JODOHMU juga sedang MEMPERBAIKI DIRINYA.

Dan jika sekarang kamu sedang MENJAGA HATI, INSYAALLAH JODOHMU juga sedang MENJAGA HATINYA.

ISTIQOMAHLAH dalam PERUBAHAN yang lebih baik. Bukan untuk 'dia' tetapi untuk DIA.

Percaya pada TAKDIR ILLAHI, andai tiba masanya, kamu akan bertemu dengan JODOHMU juga.

INSYAALLAH…
Teruskan lah PERUBAHAN yang BAIK itu. Semoga ALLAH memberikan jodoh yang TERBAIK untuk dunia akhirat.

AAMIIN ALLAHUMMA AAMIIN.




Jangan berubah hanya karena ingin dicintai seseorang. Jadilah dirimu sendiri dan seseorang akan mencintai kamu apa adanya.

InsyaAllah…

Sunday 23 March 2014

akU SEbatAng PeNsiL


 

pensil yang patah matanya tapi jika diasah masih berguna dan bermanfaat,kalau pernah melakukan kesilapan Allah masih memberi peluang untuk kita memadam dosa2 dan kekhilafan kita. "Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi, Hasan Gharib, al-Jami', no. 3397



engat~~~

 

1. Sihat sebelum sakit

2. Muda sebelum tua.

3. Kaya sebelum miskin.

4. Lapang sebelum sempit.

5. Hidup sebelum mati.


Thursday 3 October 2013

YA ALLAH....DENgarlAh DOA ku ini....T_T


Ku renung pada langit yang kebiruan.. Subhanallah.. Indahnya ciptaan-MU ya Allah.. Layakkah insan seperti aku ini berjalan dengan penuh megah? Sedangkan aku ini hanya berasal daripada setitis air mani yang hina.


Ya Allah, terlalu banyak dosa yang aku lakukan sehingga tidak terhitung olehku. Aku alpa ya Allah.. Aku lupa bahawa aku ini hanya insan yang lemah. Tanpa sebarang kekuatan, dan jika Engkau tiada untuk membantu, apalah dayaku.. Namun, seringkali aku berbuat kemungkaran tanpa menghitung pahala dan dosa. 

Ya Allah, aku merasa beratnya beban yang ditanggung ini. Sepatutnya aku menjadi pendokong dalam meneruskan dakwah islam, namun aku sendiri menghancurkan diri sendiri. Aku malu ya Allah.. Malu padaMu dan malu pada semua yang memandang tinggi kepadaku.

Ya Allah, bantulah aku. Bantulah hambamu ini untuk berhijrah ke arah kebaikan. Bantulah aku untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang islam. Bantulah aku ya Rahman. Mungkinkah suatu hari nanti, dengan kasih sayangMu, aku dapat meninggalkan dosa-dosa yang aku lakukan kini? Dengan rahmat dan kasihan belasMu, aku dapat melaksanakan tanggungjawab ku kepadaMu? Mungkinkah, sedangkan aku selalu membelakangkanMu?

Ku akui, amat susah untuk meninggalkan perkara yang sudah menjadi tabiat. Maksiat itu seakan sebati dengan diriku. Saat aku melakukannya, tiada rasa dosa dan bersalah di dalam diriku. Meskipun ia suatu kemungkaran, kerana sudah terbiasa.., ku fikirkan banyak lagi masa untuk bertaubat.

Hakikatnya aku sedar ya Allah… Hari demi hari umurku semakin berkurang.. dan berkurang.. sehinggakan pada suatu masa nanti.. sudah tidak mampu lagi untuk bertaubat kerana kesakitan menghadapi sakaratul maut. Dan mungkin juga tiada sempat untuk aku bertaubat lantaran nyawaku ini hanyalah satu pinjaman. Bila-bila sahaja Engkau akan mengambilnya tanpa ku duga.
Mungkinkah pada waktu itu baru aku hendak menyesal? Sedangkan peluang dan masa ku tiada lagi untukku. Aku tidak mahu ya Allah.. Sungguh aku tidak mampu menanggung seksa azab-MU kerana sakit yang kualami kini pun sudah tidak tertanggung sakitnya. Ini baru ujian di dunia. Apakah di akhirat nanti ku akan menerima azab yang lebih peritnya?

Ya Allah.. Ampunkanlah aku. Hapuskanlah dosa-dosa yang telah ku lakukan selama ini dan terima kasih ya Allah, kerana dugaan yang Engkau timpakan padaku inilah akhirnya yang mengingatkan diriku kembali,  betapa kerdilnya diri ini.

 Wahai teman..
Apakah kau masih alpa seperti diri ini jua? Berubahlah.. kerana sahabatmu ini sayangkan dirimu. Dan kerana itulah, aku tidak mahu apa yang berlaku pada diriku, juga terjadi kepadamu. Gunakanlah kesempatan dan peluang yang ada untuk mendekatkan dirimu kepada Allah.


Untuk diriku dan dirimu, ingatlah “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia yang mengubah nasibnya sendiri”. Saat ini, aku berusaha untuk mengubah diriku dan aku ingin membawa mu bersama-samaku. Ya, bersama-samalah kita menuju ke pintu syurga-Nya. InsyaAllah.
Doakan aku teman…